Terma & Syarat
- Anda harus memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan seperti video,gambar atau promosi yang anda paparkan di platform GOkahwin atau media sosial anda. Ini bagi membantu anda untuk mempromosikan pakej kahwin anda di platform atau media sosial Gokahwin.
- Sepanjang tempoh langganan, anda hanya dibenarkan menukar pakej atau mengemas kini informasi pakej kahwin anda dua kali (2) sahaja sewaktu anda mengisi informasi di google form yang kami sediakan. (Jika ingin membetulkan informasi yang salah boleh beritahu kami semula untuk membuat pembetulan)
- Sekiranya anda ingin mengemas kini atau menukar pakej kahwin anda untuk kali ke-3 semasa tempoh langganan, bayaran tambahan berjumlah RM500 akan dikenakan pada anda.
- Bagi memaparkan Hari Terbuka @ Open Day, anda diberikan sekali sahaja untuk dipaparkan di platform GOkahwin semasa tempoh langganan. Tempoh paparan adalah selama sebulan sahaja.
- Sekiranya tempoh Hari Terbuka @ Open Day anda telah tamat dan anda berminat untuk memaparkan lagi untuk tempoh sebulan, anda akan dikenakan bayaran berjumlah RM500 sahaja.
- Pihak kami akan memaklumkan tamat tempoh langganan anda 2 minggu sebelum tarikh langganan anda tamat melalui whatsapp dan email.
- Setiap kali anda ingin meneruskan langganan, anda harus buat bayaran langganan baru selewat lewatnya 1 minggu dari tarikh langganan anda tamat.
- Sebagai contoh, jika anda bayar langganan di dalam bulan Disember 2024, langganan anda akan bermula 1 Januari 2025.
- Sekiranya anda tidak lagi berminat untuk meneruskan langganan di platform kami, anda boleh maklumkan kepada kami melalui email [email protected].
- Tetapi sekiranya anda berubah fikiran dan berminat untuk melanggan semula pada masa akan datang, anda akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM500 sebagai bayaran untuk pihak kami membuatkan semula laman profil pakej kahwin anda di platform GOkahwin.
- Sekiranya anda didapati memaparkan informasi atau promosi pakej yang tidak benar, kami berhak mengeluarkan anda dari platform bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna.
- Pihak GOkahwin tidak akan bertanggungjawab diatas segala:
- Informasi dan promosi yang dipaparkan di platform GOkahwin.
- Tempahan, bayaran dan kelangsungan hari Majlis yang berlaku di antara anda dan pengguna.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang GOkahwin boleh melalui email [email protected]